BERITA AKADEMIK MAAC

Berita, Aktiviti & Pengumuman Terkini MAAC

KUNJUNG HORMAT KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

KUNJUNG HORMAT KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

Majlis kunjung hormat ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertempat di ibu pejabat JPA, Putrajaya oleh pihak Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) telah berlangsung pada 09 September 2024.  Delegasi MAAC telah diketuai oleh Presidennya, Prof Dr. Ahmad bin Ismail, serta turut disertai oleh sebelas orang Exconya. Manakala pihak JPA pula diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg Datuk Dr. Anesee Ibrahim mewakili Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Turut bersama beliau adalah YBhg Dato’ Pauzan bin Ahmar, Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi , JPA,  Puan Hasmarulaini binti Omar, Pengarah Bahagian Gaji dan Elaun, JPA dan beberapa orang lagi pegawai kanan mewakili beberapa bahagian JPA yang lain. Pertemuan telah berlangsung penuh muhibbah dengan kedua belah pihak bertukar-tukar pandangan serta idea, demi untuk kebaikan bersama, khusus dalam usaha mengangkat martabat akadmeia di negara ini, sebagai sebuah profesion yang memainkan peranan besar dalam pembangunan modal insan. Beberapa perkara telah dibangkitkan oleh pihak MAAC sepanjang pertemuan hampir dua jam ini dengan pihak JPA mengalu-alukan pertemuan susulan pada masa yang akan datang.