BERITA AKADEMIK MAAC

Berita, Aktiviti & Pengumuman Terkini MAAC

MAAC hadir sesi khas bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi

MAAC hadir sesi khas bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi

Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) telah menerima jemputan dari pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ke Siri Dialog Wakil Kesatuan Akademik Universiti Awam bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi ang telah diadakan pada 27 Jun 2024 bertempat di Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur.

MAAC diwakili oleh Presiden, Dr. Ahmad Ismail, FASc, Setiausaha, Dr. Mazlan Che Soh, Bendahari, Prof Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Naib Presiden 3, Prof Ir. Dr. Badrul Hisham bin Ahmad serta Exco Prof Dr. Fauzilah Salleh. Presiden MAAC telah membangkitkan beberapa perkara berhubung dengan usaha untuk mengupayakan ahli akademik di universiti awam ke arah mencapai kecemerlangan akademik, disamping menjadikan dunia akademia sebagai jambatan bagi membangunkan negara dan masyarakat. Beberapa isu berkait dengan kebajikan pensyarah seperti beban tugas, isu kenaikan pangkat dan sebagainya juga telah dibangkitkan oleh MAAC. YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir dilihat begitu responsif dan terbuka terhadap isu-isu dibangkitkan serta berjanji untuk menagambil tindakan sesuai. Majlis ini turut disertai oleh Presiden-Presiden Kesatuan dan Persatuan Akademik dari seluruh negara dan turut disertai oleh YBhg Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Encik Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan) serta pegawai-pegawai kanan dari KPT. MAAC berharap agar sesi seumpama ini dilakukan secara berkala dalam usaha untuk mewujudkan satu saluran komunikasi langsung antara wakil kesatuan dan persatuan dengan pihak KPT, terutama melibatkan YB Menteri.