BERITA AKADEMIK MAAC

Berita, Aktiviti & Pengumuman Terkini MAAC

MAAC adakan Bengkel Perancangan Strategik

MAAC adakan Bengkel Perancangan Strategik

Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik pada 18 hingga 20 Julai 2024 bertempat di Grand Dorsett Subang. Bengkel ini sebaik sahaja MAAC selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 11 Mei 2024 bagi memilih Ahli Jawatankuasa baru.

Objektif utama bengkel ini dianjurkan adalah bagi merangka pelan strategik dan pelan tindakan serta merancang program MAAC. Presiden MAAC, Prof Dr. Ahmad bin Ismail dalam ucapan perasmian bengkel yang dihadiri oleh kesemua 16 AJK telah mengingatkan semua untuk merenung kembali matlamat asal penubuhan MAAC sejak tahun 2015. Usaha bersepadu hendaklah dilakukan oleh ahli MAAC untuk terus melonjakkan kecemerlangan akademik dan memacu serta menyumbang kepada masyarakat dan negara. Bengkel yang telah dikendalikan oleh Naib Presiden 2, Prof Madya Dr Abd Rahman Tamuri telah menggariskan beberapa teras utama. Presiden dalam ucapan penutupnya menambah bahawa segala perancangan yang telah dipersetujui menerusi bengkel ini hendaklah dipantau dan disusul bagi memastikan ia mencapai matlamat.