Laman Web Rasmi Kongres Persatuan Akademik Malaysia.
"AssalamualaikumWr. Wbth. dan Salam sejahtera,
Dengan rasa syukur kehadrat Ilahi dan kata pujian ke atas Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada exco MAAC yang telah berusaha untuk mewujudkan laman web ini setelah MAAC diwujudkan semenjak 2015 secara rasminya.
Sebagai sebuah persatuan atau NGO (Non-Government Organizational) yang berdaftar di bawah ROS (Registrar of Society) pada April 2015, Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) dikategorikan sebagai sebuah badan NGO Akademik yang memfokus kepada isu-isu yang berlaku di Universiti Awam dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ahli akademik di Universiti Awam. MAAC juga sentias amemberikan input kepada lain-lain NGO yang memperjuangkan hal ehwal berkaitan akademik dan kakitangan kerajaan seperti CUEPACS, GAKUM, NUTP dan GERAK... "