BERITA AKADEMIK MAAC

Berita, Aktiviti & Pengumuman Terkini MAAC

Konvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam Malaysia (KAKUAM) 2016

Konvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam Malaysia (KAKUAM) 2016

Sebanyak 21 buah persatuan akademik universiti awam telah bernaung dibawah Kongres Persatuan Akademik Malaysia (Kongres MAAC). Pada 19-20 September, seramai 300 peserta akademik telah menyertai Konvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam 2016 (KAKUAM 2016) anjuran Kongres MAAC bertempat di AKEPT, Nilai. Sebanyak 6 kertas kerja telah dibentangkan semasa konvensyen tersebut berkaitan isu-isu kerjaya, kepimpinan, skim perkhidmatan Staf Akademik dan cabaran semasa dalam pendidikan tinggi di Universiti Awam telah dikupas secara mendalam bagi melihat masalah, cabaran, dan peluang peningkatan kualiti profesyen pensyarah. Hasil daripada pembentangan, forum, diskusi yang mendalam sepanjang dua hari, satu resolusi telah dikeluarkan.