BERITA AKADEMIK MAAC

Berita, Aktiviti & Pengumuman Terkini MAAC

Konvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam Malaysia (KAKUAM) | 28-29 April 2018

Konvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam Malaysia (KAKUAM) | 28-29 April 2018

Dunia pendidikan tinggi di Malaysia pada hari ini sedang mengalami perkembangan pesat dan menghadapi cabaran besar melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Melalui pelan pembangunan ini kerajaan telah menetapkan 10 Lonjakan PPPM (PT) sebagai penanda aras pelbagai KPI yang perlu dicapai oleh Universiti Awam (UA) Malaysia. Sehubungan itu, Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) iaitu sebuah persatuan yang memperjuangkan kepentingan kakitangan akademik universiti awam dan pendidikan tinggi di Malaysia menyokong penuh inisiatif kerajaan ini.

Seiring dengan istilah “Soaring Upwards” ataupun “Peningkatan Berterusan” yang merupakan tagline Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, MAAC telah banyak menjalankan aktiviti-aktiviti seperti seminar, bengkel, syarahan umum, dialog, pembentangan kertas cadangan atau aktiviti bagi memartabatkan perkhidmatan pensyarah Universiti Awam. Dalam usaha mengubah lanskap pendidikan tinggi negara ke arah lonjakan ke tahap yang lebih baik, usaha yang berterusan diperlukan dalam memperkenalkan kepada masyarakat dan dunia akademik dengan lebih menyeluruh.

TRANSFORMASI AKADEMIA INTEGRITI, RANKING & PROFESIONALISME

Image
Kongres MAAC buat kali kedua menganjurkan Konvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam Malaysia 2018 (KAKUAM 2018) bagi mengenal pasti isu akademik dan bagi menaik taraf martabat dan pencapaian universiti awam dalam arus perdana pendidikan tinggi global. KAKUAM 2018 bertindak sebagai input terhadap pemantapan strategi lautan biru pemangkin keunggulan global pendidikan tinggi negara.